Thursday, December 25, 2008

26.12.2008

Semalam Cdah pi Bandar Seri Putra jumpa Zura, kawan Ain. So lepas present sembang skit pasal stokis, kat sana memang ada potential tapi kene lekas nanti orang kebas....

Tapi dari situ jugak, Cdah dapati bukan stokis jer boleh buat untung, Business Owner pun boleh.... caranya sama : Besarkan consummer la.... target VIP Shopper yang memang kaki shopping.... itu yang penting!

Sambil tu kita kene bantu downline yang nak kembangkan network!! Keikhlasan itu masih perlu dalam group kita ni... InsyaAllah Cdah sentiasa bersedia untuk bantu sesiapa yang nak start!

Lepas ni Cdah memang tak harap sangat nak buka Stokis sebab dah nampak cara yang betul tu... tu lah nak ingatkan kat semua : kalau ada meeting, kalau boleh datang! no reson! & dont make reson! meeting kita ni bukan selalu, MLM lain setiap hari kene attend meeting sampai malam buta... dorang masih nak buat.... sebab semangat! kita ni mana semangat kita....

Bukan apa kalau kita berkumpul in the group... kita rasa kita tak keseorangan! kita rasa kuat... baru datang semangat!... minda terbuka luas... sebab boleh kongsi dengan orang yang dah berjaya!

Kejayaan seseorang tu ada berbagai cara... itu yang kita nak korek.... so kita nak berjaya... kita duplicate lah... dorang pun bukan kendekut sangat... eSucess Management Group ni.... memang best apa yang boleh buat semua dorang beritahu... janji kita ada rasa nak tahu.... dan nak buat!

KP Ong pun ada kata... TUKAR CARA! bukan tukar matlamat!

Kalau cara plan A tak mendatangkan hasil, cuba plak cara plan B, plan C dan seterusnya.... sambil tu kene ingat gakk orang atas... Allah s.w.t doa jangan putus... cara doa pun kene betul... Kalau Allah dah takdirkan rezeki kita dah "0" takde... tapi kita masih tak putus harap berdoa dan berusaha.... InsyaAllah! Allah akan beri jugakk.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu sendiri yang ingin mengubah nasib mereka sendiri"

Semua tu Allah s.w.t dah janji dah.... kat dunia pun dah boleh rasa balasan Allah s.w.t.... kalau tak percaya buat! buat! dan buat! Allah takkan hampakan hambanya yang taat!

ok lah ... sekian takzkirah jumaat kita hari ini.... ceh wah... caya lah! tapi ini memang dari hati dan jiwa raga Cdah yang ikhlas nak kongsi sama2 ngan semua....

Sesungguhnya segala kelemahan datangnya dari Cdah dan segala kebaikkan datangnya dari Allah s.w.t....Semoga Allah berkati apa yang kita buat dan rezeki yang kita dapat... Amin...

Tuesday, December 23, 2008

23.12.2008

Assalamualaikum w.b.t...

Selesai kerja rumah Cdah terus mengadap PC. Internet dah ok so Stokis Maya Cdah berjalan seperti biasa.

Alhamdulillah, hari ini dapat sorang.... otak pun lapang di buat nyer.

Semoga dapat lagi untuk bulan ni, boleh pergi Meeting bulan depan FREE :)) kat hotel plak tu....

P/S = Akmal, Ain, Fidah, jom ajak downline anda bulan depan ke Singgahsana Hotel PJ. Biar dorang nampak eCosway yang dorang masuk ni adalah perniagaan mereka sendiri dan boleh dikembangkan, InsyaAllah!!

Thursday, April 24, 2008

NEW !!

OFFER !! Jom ke Stokis Maya Cdah... klik !!
http://p-ecosway.blogspot.com/

P/S = ADA : Jimat + HadiahPercuma + Duit $ $ $

eSuccess Management Group

“Kita semua tidak memiliki bakat yang sama, Akan tetapi kita mempunyai peluang yang sama untuk mengembangkan bakat kita”
- John F.Kennedy

Saya tahu, ramai diantara anda telah mencuba dan menjalankan MLM dan telah pun menempuh jerih perih, suka duka di dalamnya seperti saya.

Bermula dengan modal yang agak besar, tak cukup itu kita menggunakan produk yang mahal dan penyelengaraan yang mahal juga, mengikuti perjumpaan setiap hari sehingga larut malam dan apabila pulang, rumahtangga bagai dilanda ribut taufan. Memang sedih bila dikenangkan.

Ada juga yang berjaya mencapai sasaran, tetapi satu ketika elaun kereta ditarik balik, dapat pula melancong keluar negara tapi bila balik stok melambak dibawah katil. Akhirnya pendapatan yang sudah mencapai puluhan peratus menjadi 0%. Sayunya hati, sekian lama kita berkorban dan berusaha bersungguh-sungguh akhirnya keseronokkan hanyalah sementara.

Berbagai syarikat telah saya cuba semua sama belaka. Namun saya tidak pernah memandang negatif setiap apa yang saya ceburi kerana saya yakin tentu ada rezeki yang sedang menanti.

Suatu hari suami mula memahami, dia merasakan diri saya sudah penat mencari, tercari keselesaan kami anak beranak. Akhirnya dia mendapat jalan mudah dan terjerat dengan pelaburan internet. Mulanya seronok akhirnya semua simpanan dilaburkan, web syarikat di “block” aduhh!! Semuanya lebur…. Lebih memeritkan waktu itu, saya sarat mengandung dan baru berhenti kerja. Dunia terasa terpadam, segalanya gelap gulita.

Mungkin di sinilah rezeki saya yang dipertemukan dengan kumpulan ini, mereka membimbing saya dengan keikhlasan dan tanggungjawab, saya dapat merasakan usaha yang dilabur membuahkan hasil. Dengan usaha yang gigih itulah rezeki yang halal dan diberkati Allah dapat dirasai.

Pendapatan bulanan yang semakin bertambah, saya jadikan batu loncatan, menjadikan saya seorang penyabar, dan saya bersyukur dipertemukan dengan seorang yang memerlukan bantuan saya.

Saya sungguh yakin sepenuh hati dan gembira menjalankan perniagaan ini kerana dengan Syarikat yang kukuh, Produk yang berpatutan, Sistem pengedaran yang senang tidak perlu simpan stok bawah katil lagi dan Pelan Pemasarannya mempunyai potensi untuk dikembangkan, tentu tidak meragukan anda juga.

Anda juga boleh keluar dari kemelot perit hidup anda seperti saya!

Bertindak segera hubungi 019-663 7134 / 018-372 0808 Shida untuk temujanji PERCUMA!

Email Saya : roses_js@yahoo.com.my