Sunday, December 6, 2009

Peluang Perniagaan Untuk Anda !!

"Kamu adalah digalakkan berniaga, sesungguhnya 9 per 10 rezeki itu adalah datangnya daripada berniaga"
Sabda Nabi Muhammad S.A.W
a
Berjaya Group menerusi eCosway menawarkan konsep PERCUMA pada calon yang layak untuk untuk membuka Francais-Stokis, Fashion Shop, Organik Food Shop dan Mini Market. Bagi keterangan lanjut sessi Bisnis eCosway akan diadakan seperti berikut :

Selasa (8 mlm - 10 mlm)
Kelana Square, Kelana Jaya
a
Rabu (8 mlm - 10 mlm)
Alamanda, Putrajaya
a
Khamis (8 mlm - 10 mlm)
Kelana Squre, Kelana Jaya
a
Jumaat (8 mlm - 10 mlm)
Kota Warisan, Sepang
a
Sabtu (2 ptg - 5 ptg)
Alamanda, Putrajaya
a
Perjumpaan One to One pada bila-bila masa.
Sila sahkan kehadiran melalui 018-372 0808 Rosidah.
a
Anda semua dijemput hadir. Sila sebarkan kepada partnership, kawan2, saudara mara anda di sana.

"BUKA HATI, BUKA MINDA, FIKIRKAN BOLEH,
ANDA PASTI BERJAYA!!"

Sunday, October 25, 2009

FREE SHOP !!

Nak jadi “Tauke Kedai” SECARA PERCUMA!! @ jadi “Tauke kepada Tauke Kedai” dengan pendapatan yang TIDAK TERHAD!!

Berjaya Group menerusi eCosway menawarkan konsep PERCUMA pada calon yang layak untuk membuka Francais-Stokis, Fashion Shop, Organic Shop dan Mini Market

Syarat seorang Pemilik Kedai eCosway :
1) Mesti ahli eCosway
2) Umur bawah 50 tahun
3) Perempuan
4) RM10K sebagai cagaran
5) 2 orang Gurantor yang berpendapatan bulanan sekurang2nya RM3K

Cara memohon :
1) Daftar sebagai Pemilik Perniagaan eCosway sebanyak RM100
2) Buat belian eV istimewa sebanyak 500eV
3) Isi borang Permohonan dengan lengkap

Hantar borang tersebut kepada saya. Interview di Wisma Cosway, KL akan diatur dalam masa 3 bulan, cukup untuk membuat persediaan
"Product Knowledge + Marketing Plan".

Pada waktu menunggu :
1) Anda digalakkan membina rangkaian, jika pendapatan bulanan anda mencapai RM1k ke atas anda tidak perlu mengeluarkan RM10K sebagai cagaran kerana Syarikat boleh memotong RM1K setiap bulan dari bonus rangkaian anda sahaja. Begitu juga jika anda tidak mempunyai Gurantor, Syarikat akan memotong bonus rangkaian anda RM2K untuk 2 org guarantor.

2) Sebagai pemilik stokis cosway anda akan mendapat 10% daripada jualan bulanan anda sehingga 6 bulan pertama, selepas itu 10% daripada RM30K + 5% daripada selebihnya untuk bulan-bulan seterusnya. Anda juga akan mendapat bonus jika jualan barangan tertentu mencapai sasaran jualan. Selain itu anda juga akan mendapat mata jika mencapai sasaran keahlian baru. 1 Mata anda layak menyertai cabutan bertuah dimana Syrikat akan meletakkan 5 pemenang wang tunai yang lumayan.

Pemilik Stokis Cosway Memang tiada risiko. Jika anda buat bersungguh-sungguh dalam masa tidak sampai setahun anda akan mendapat pendapatan RM300K sebulan dan waktu itu, anda boleh menyerahkan stokis anda kepada downline yang berminat. Anda akan mengecapi kebebasan Kewangan dan Masa sehingga bila-bila.

Jika berminat sila hubungi 018-372 0808 Rosidah.

Terima Kasih dan Semoga Sukses Selalu.

Thursday, October 8, 2009

8.10.2009 Cosway HQ

Assalamualaikum w.b.t..

Al Chua bersemangat nak kongsi cara menaja, dia suruh kita semua buat duplikasi (duplicate dari orang yang berjaya tau!).

Kepada sesiapa yang ingin memiliki kedai sendiri tanpa mengeluarkan modal atau Kepada sesiapa yang kenal kawan atau saudara mara yang berminat... Ini lah masanya yang perlu anda rebut... tak tahu sampai bila program ini akan berakhir....

Lokasi mesti strategik seperti sebelah klinik 24jam, kedai makan 24jam, apa2 kedai 24jam lah... Tesco, Giant, Jusco itu pilihan no 1... syarat pun dah longgar... memang dah senang lah...

Market kita sekarang sudah luas bukan setakat di Malaysia jer. Yang kita dah tahu Brunei dan Singapura memang dah lama dah... eCosway kini dah pergi ke banyak negara lain contoh yang dah berjaya Taiwan, Hong Kong dan Australia... baru2 ni pergi ke India & Vietnam, tahun depan bulan Jun akan masuk Amerika Syarikat (Syarikat MLM Asia PERTAMA masuk ke sana) seterusnya England dan pada 2011 Jerman.

Sesiapa ada kenal orang di sana memang boleh ajak jadi Business Owner atau Stokis... dan boleh daftar online di Online Office kita...

Semalam yang hadir semuanya business2women&man. Sebelah Cdah semalam ialah Tauke Contruction (Melayu), Tauke Kilang dan pembekal printing ware, Gombak (Melayu), Pengimport Madu dari Iran (Cina)...memang kecik sangat la Cdah nih... segan pun ada... Mereka memang pandai buat business dah biasa kan... 2 bulan jerk dah dapat 100 lebih network... Macamana boleh buat? kata mereka itu satu kebetulan sambil keluar jumpa client so sambil2 2 in 1... rupanya mereka sentiasa ambil peluang kan...

Orang yang memang dah berjaya lagi senang lah nak buat business... Macam Inspektor Soh... senang jer dia nak menaja orang, ajak tengok statement eCosway dia... pastu cerite tadi dia breakfast kat negara sana, lunch kat negara ni, dinner kat negara lain plak... semuanya kerana dia ada kemampuan dan masa... tak macam CEO 5 syarikat terkaya Malaysia... kene hari2 masuk office...kene punch card gakk kot...

Ketika menaja : Al Chua ada gakk cerite apa yang kita kene buat, tak boleh buat so panjang gakk cerite nyer... rugi la siapa tak datang...ye lah, bila dengar komitmen 10 - 10 tu dorang dah fikir 2, 3, kali kan.... Tapi cuba tengok Stokis Mahkota Cheras belum sampai setahun dah pas kat downline dia... sebab income dia RM300K sebulan, so dorang nak kebebasan masa plak sekarang... So siapa kata terikat? dia surender pun income bulan2 masuk tu...network tetap berkembang.... fuhh...

Tak kan kita nak melopong jer kan... Jom lah buat sesama...Sepakat membawa BERKAT!!

Ok lah... Cdah sambung lain kali... bye...

Sunday, August 9, 2009

Tropicana Golff & Country Damansara

Assalamualaikum w.b.t..

Rugi betul sapa tak pergi semalam... Hebat !! sampai2 jer dapat tabikk dari pengawal kat pintu masuk :)) 1st time merasa layanan istimewa seperti keluarga2 di raja... :)) terkejut pun ada, bangga pun ada, nak tergelakk pun ada...

Biasalah mesti dimulakan dengan sarapan dulu... pastu masuk dewan.. tak boring langsung sebab memang selesa lah...

Sessi dimulakan oleh En Kadir selaku pengganjur... dia mengingatkan semua pemohon stokis supaya bersedia dengan jawapan2 yang positif dan meyakinkan penemuduga...

En Kadir juga sempat memperkenalkan pemilik2 stokis yang sudah berjaya seperti En Mus (Alamanda), K.Normah (Kota Warisan), Asmi (Giant Sek 13, Shah Alam), dan yang akan datang Lin (Econsave Bukit Kemuning) & Aminah. Ada yang tak dapat hadir juga...

Kemudian Sessi bersama Mr Tan Too Hau pun terlaksana. Memang seronok mendengar cerite latar belakang beliau.. asalnya seorang anak peniaga di Kelantan yang mempunyai cita2 besar iaitu Accountant. Beliau belajar berhempas pulas sehingga mendapat tajaan kerajaan ke luar negara.

Beliau seorang pelajar cemerlang dan pulang dengan kebanggaan keluarga. Namun begitu beliau sangat berdukacita apabila mendapat pekerjaan sebagai Akauntan yang bergaji RM1,000 shj pada masa itu sedangkan pekerja bapanya bergaji RM900 tanpa belajar teruk2 dan tidak juga ke luar negara...

Dengan kesedaran itu beliau bertekad untuk mencari sesuatu peluang yang dapat memberi pulangan yang lebih besar dan bermulalah rezeki beliau bersama eCosway...

Mr Tan ni, upline K.Mas & En Kadir tapi semenjak 2 tahun Cdah masuk group ini tak pernah nampak dia langsung... rupa2nya dia sengaja mendiamkan diri dari syarikat dan group kita semata2 ingin melihat benar2kah eCosway boleh memberi pasif income kepadanyer...

Dan ianye... Memang terbukti BENAR dan beliau sangat berbesar hati untuk berkongsi kepada sesiapa yang ingin menjadi sepertinyer...

Selepas Mr Tan bercerite panjang lebar mengenai Bussiness Plan, dia juga sudi berkongsi Strteginya untuk berjaya sepertinye...

Memang mudah Copyringt... dan BERJAYA...

Kemudian di sambung oleh Ms Shankey dengan sessi produk2 sport!! masa interview nanti... so inilah masanyer untuk prepair apa tak faham pun boleh tanya...

DiAkhiri dengan Sessi Cabutan Bertuah & Penyampaian Sijil... :)) Cdah pun bertuah gakk semalam...

Ada lagi !! Sessi MAKAN la.. sessi yang semua orang tunggu2...

Yang penting Cdah dapat banyak ilmu dari mereka yang dah berjaya2...

Antaranya Cdah dapat bersembang dengan Asmi yang bulan lepas dia baru buka stokis di Giant Seksyen 13 Shah Alam. Katanya dia sendiri tak menduga Bulan pertama jer dia dah dapat melepasi target syarikat. Alhamdulillah... happy sangat tengok dia... Dia ni cepat dapat sebab tak memilih tempat dan sentiasa follow up HQ mengenai result interview nyer. So Memang betullah dia seorang yang komited. Banyak tips2 boleh dapat dari dia kalau anda hadir tau...

Ok lah... teruja sangat semalam... Cdah hadir dengan Rozana dan K.Wina... kebanyakkan mereka lain semua muka baru dan semangat nak buka stokis...

Semoga Sukses Selalu...

Thursday, August 6, 2009

Online Marketing

Alhamdulillah, http://eSuccess2.blogspot.com Cdah dah siap dan boleh digunakan oleh semua partnership Cdah...

So jangan lupa, kalau tak de prospek bulan ni rajin-rajinlah promosi id sendiri... :)

InsyaAllah, Semoga usaha kita yang sedikit ini memberikan pulangan lumayan dan sentiasa diberkati Allah s.w.t.. Aminn..

Sunday, July 12, 2009

12.07.2009

Hari ni Cdah bawa Pn Latifah dan Rozana ke USJ... memang best sebab dorang teruja sangat....

Apa tak nye... bulan nih saja 2 org lagi akan buka stokis seorg akan buka esok dan seorg lagi minggu depan... dan ada ramai yang dah lulus interview dan masih menunggu giliran mereka...sekarang kita ada peluang besar nak dapat sebab syarikat lebih menumpu perhatian kepada bumiputera dan kaum india... so siapa ada kawan tengah cari lagi kedai mai introduce kat Cdah....

Thursday, July 9, 2009

09.07.2009

Hari ini Cdah pi Sri Gombak... Jumpa Cik Zah... BO lama... so dia & the gang sekarang sedang buat pinjaman Amanah Ikhtiar... ada 6 group tu... alamak, terbeliak mata Cdah... kalau semua tu buat network macam kita... memang tersenyum dalam tidur laa... kebanyakkan mereka memang dah ada business sendiri (kecil-2an).... so ada gak Cdah buka peluang untuk dorang dalam sesenyap la.. sebab baru kenal... kan...so tengok la... fedback cam ne nanti...

So Cdah pun ada get contact ngan person incharge dia... kene ikut daerah rupanyer... so... insyaAllah... ini peluang untuk kita...buat network...

Memang Allah dah tunjuk jalan... Semoga Allah buka kan jalan itu semudah-mudahnyer ... InsyaAllah...

Tuesday, July 7, 2009

8 Julai 2009

he he he... Birthday saye.... Terima Kasih Jaja, Adik, Encik dan lain2...exspecially My Huby.... :))

Ye Semoga kejayaan di tangan kita bersama... insyaAllah....

Sekarang memang bz skit... bila start appointment memang dah sedap nak keluar jer plak... esok ada satu lagi... dan yang lepas2 tu... rasa sukses la... alhamdulillah...

Sekarang senang sebab... nak buat pinjaman pun boleh... bukan untuk yg berkerja jer... surirumah pun boleh buat pinjaman... so 1 group 5 org kita dah boleh on... pinjaman interest rendah... bukan nyer along...

K.Cdah ada contact Bank Rakyat & Amanah Ikhtiar... rasa memang kita boleh bayar la... sebab income bulan pertama kita jer dah berapa... janji 15eV jer - income berterusan dapat kan...

Ok la... sesiapa ada group boleh contact K.Cdah kite uruskan Bengkel Usahawan Berjaya... insyaAllah....

Wednesday, June 24, 2009

Balik Kampung

20 & 21 June lepas, Cdah balik kampung...

Best betul dapat balik kampung, reramai kan macam2 cerita keluar...

Suka dan duka dikongsi bersama, tu yang best sangat dalam family Cdah.. semua sporting & understanding...

Yang tak boleh dilupakan, Andak Cdah lah... dia memang business minded... susah betul nak menang. Duduk kat dia jer Cdah kene dengar produk dia, lelama... apa lagi Cdah pun buka produk Cdah plak lah... :))

Ada jugak hasilnya... wife dia minat eCosway... alhamdulillah... harap dorang boleh buat gila2 kat group kita plak... amin...

Thursday, June 18, 2009

19.06.2009 Pesanan Jumaat :))

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."

InsyaAllah... Amin...

Sunday, June 14, 2009

14.06.2009 USJ 21/11

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini Cdah rasa sangat bersemangat kerana Akmal dan Mona hadir sekali di Perjumpaan Jun 2009 eSuccess...

Dan group kita ada satu berita gembira iaitu Kak Ida dah buka syokis nya di Sect 16 Shah Alam... TAHNIAH !!

Apa yang Cdah harapkan supaya eSuccess Management Group dapat melahirkan lebih ramai stokis melayu di masa terdekat ini supaya kita tidak akan ketinggalan lagi...

Teruskan Perjuangan ini!! Semoga Sukses Selalu...

Tuesday, April 14, 2009

Finally a Better Way!

$ kita perlu bekerja untuk mendapatkan pendapatan…setuju! tetapi ada orang mendapatkan kebebasan kewangan tanpa bekerja keras…setuju?? Tentulah dengan Network Marketing….

Bagaimana untuk Berjaya dalam Network Marketing? Senang saja tetapi tidak begitu mudah! iaitu memiliki BIG NETWORK + KEEP ON BUYING… Wah sampai bila ye downline kita boleh beli dan terus gunakan produk yang mahal sentiasa....

Apa yang saya lalui sekarang tidak begitu… eCosway meanjurkan Mutual Marketing (Pemasaran Bersama)… Customer 1st… Impian kita ialah mendapatkan KEBEBASAN KEWANGAN tanpa bekerja (Pasif income) yang terulung di peringkat dunia….

MD MLM lain lepak atas cruise mengelilingi dunia sedangkan Networker mereka bekerja keras menjana pendapatan… itu tidak adil! kan… Nak tau apa MD kita buat sekarang…AL CHUA tak sempat menonton wayang kegemarannya, malah tak sempat untuk menjejakkan kaki di KLCC walaupun dekat dengan Wisma Cosway, beliau hanya dapat membeli barang keperluannye di airport sahaja… Beliau sangat sibuk dengan tugasan padat di pejabat dan Beliau ke luar Negara bukan kerana bercuti tetapi menjalankan tugas untuk eCosway iaitu :

Sentiasa mencari produk terhebat dan terkenal di antarabangsa untuk dijadikan produk eCosway… hanya produk terbaik dan berkualiti tinggi dari yang terhebat sahaja akan berjaya menjadi produk eCosway… dengan modal berbayar yang melebihi 155 juta… memang tidak hairan eCosway dapat memborong sesuatu produk itu dengan kuantiti yang sangat besar… dah beli banyak tentulah harganya murah….

Setiap Produk eCosway akan dapat dimiliki terus oleh kita… bermakna kita tidak perlu menanggung kos pengiklanan, kos duta, dan pelbagi kos tidak munasabah yang selalunya dibebani oleh syarikat direct selling lain….

Wah hebat kan… tapi memang ada yang boleh buat begini… iaitu Tesco, Giant, Carrefour.. tapi siapa yang untung.. sudah tentu hanya mereka…. kualiti pula belum terjamin… mereka hanya gunakan kita untuk menjalankan perniagaan… tetapi eCosway menggunakan kelebihan kita untuk menerajui perniagaan nya… sangat berbezakan…

Itulah kelebihan kita… dengan MUTUAL MARKETING kita semua adalah pemenang…

Ingin memiliki Stokis Cosway?? Peluang ini juga terbuka untuk anda. Stokis Cosway adalah Smarter Franchise di abad ini… Tiada Syarikat lain yang memberi peluang sebegini... Tiada kos permulaan, Tiada kos bulanan, 0% risiko, Anda hanya bayar apa yang anda jual & Anda akan menerima bayaran dari pelbagai cabang dalam Perniagaan eCosway dan sebanyak mana Network kita berbelanja seumur hidup keturunan mereka dan seumur hidup keturunan kita…. kerana tiada level pemisah… No Breakaway.... & Boleh Diwarisi… mana ada MLM yang macam ni….

Mutual Marketing – a “best of the best” business model

Tidak perlu ragu-ragu kerana family kita ialah Cosway “experience father” & Berjaya Group “rich grandfather”…

Dan di sini kita boleh dapat berapa banyak yang kita hendak…begini... Jika kita bekerja sebagai hobi, bayaran yang diperolehi seperti hobi jugak… jika kita bekerja sebagai business, kita akan mendapat keuntungan seperti memiliki sebuah business. Kita yang perlu mencipta target diri…

katakan target : nak sampai Johor, isi minyak full tank, pastu tekan minyak sampai lantai… tanpa hirau lampu merah… tanpa hirau cuaca hujan… tanpa hirau orang melintas… alamat icu la jawapnyer…

Apa yang kita perlukan sebenarnya bukan sekadar minyak yang penuh… tetapi kereta yang selamat untuk sampai… ikut arahan lalulintas… peka dan berwaspada ketika memandu…. Biar lambat asalkan selamat….

Begitulah dalam eCosway… keselesaan saya hari ini sebenarnya dari keputusan memiliki Business Owner yang saya buat pada bulan Ogos 2007 lalu… saya flashback pada masa itu, saya adalah seorang surirumah yang hanya mengharapkan perbelanjaan harian dari suami yang hanya berpendapatan cukup-cukup sahaja… mungkin sekarang saya takkan dapat bertemu dengan keluarga saya selalu… mungkin orang tua saya akan terlantar sakit sampai sekarang… mungkin anak2 saya tidak dapat mengikuti kelas tuisyen… mungkin kehidupan saya sentiasa berada dalam kesempitan…. tanpa sambutan hari2 istimewa kami… dan kalau saya tak buat apa2 ketika itu… saya juga tidak punya apa2 sekarang….

Alhamdulillah saya amat2 bersyukur kepada Allah swt…. kerana membuka minda saya untuk mengecapi kejayaan di dalam perniagaan yang tepat ini….

Saya yakin bahawa anda juga tidak akan ralat mengeluarkan modal yang hanya suku daripada belanja makan tengahari sebulan anda dengan apa yang anda dapat iaitu KESIHATAN, KEKAYAAN & KEBEBASAN…

Adakah anda pernah lihat plan yang lebih baik dari kami… Berhentilah mengharapkan pendapatan dari tempat yang salah... Berhentilah mengharapkan anda akan menang loteri... Berhentilah mengharapkan harta pusaka kalau anda bukan seorang anak jutawan... Buatlah keputusan sekarang untuk mencipta masa depan anda sendiri...

Marilah berjimat… dan meraih PENDAPATAN untuk dikongsi bersama-sama keluarga yang kita kasihi lagi disayangi dan rasanya tak salah juga untuk mereka yang memerlukan….

Saya akan tunjukkan anda peluang terhebat dan terhangat ketika ini…hubungi saya terus untuk temujanji percuma…. 018-372 0808 Cdah…

Sunday, April 5, 2009

02.04.2009

Khamis, Birthday ke 2 Najwan...

Ingatkan dah tak dapat nak celebrate birthday si cilik tu... ialah dalam keadaan ekonomi macam ni... pagi tu dah ucap kat dia...

Semoga jadi anak soleh dan taat pada Allah swt... cepat2 besar boleh tolong umi kat stokis... tahun ni takde hadiah nak kasi... takde kek... takde makan2... sebab banyak nak guna duit untuk lain.... dia senyum jer... sambil nyanyi lagu birthday dengan lelat dia... happy sangat dia... terharu Cdah dibuatnye...

Aleh2 tengahari tu posman singgah kat mail box... alamak bil lagi lah tu... Cdah pun pi ambil kat luar tengok2 Voucher KFC/Pizza Hut dan McD sampai... meleret la senyum Cdah.... sambil dukung Najwan "Rezeki kau lah nakk..."

Semuanya Allah punye kuasa... Cdah tak sangka 2 BO tu yang dapat sebab CVP dia sikit.... target dapat Voucher Cosway dari 2 BO yang aktif & CVP dia banyak sikit.... Allamdulillah.... tak tau nak cakap apa....

Mungkin kes ini tidak mengganggu situasi anda sekarang namun pada orang lain sangat bermakna...

p/s = nanti jangan lupa masuk bid bulan depan ok...

Tuesday, March 24, 2009

Asal Usul eCosway…

Semua orang tahu eCosway adalah anak syarikat Cosway… tapi berapa orang yang tahu asal usul nama Cosway?

Nih nak cerite nih, pada lebih 30 tahun lepas Cosway asal nyer daripada produk pertama yang kite jual iaitu Costium Jewerry… ha.. barang kemas… masa tu tak de MLM, Direct Selling, semua belum wujud lagi di Malaysia…

Mereka berjual beli atas kepercayaan antara satu sama lain… sebab apa saya kata begitu ialah… pelanggan kita terdiri daripada cikgu sekolah… gaji pada masa tu dalam $25 dan barang kemas itu pula berharga $50 ke atas… mereka yang berminat pada barang kemas itu boleh bawa pulang ke rumah dan tunjuk pada suami masing-masing… cantik ke tak… kalau setuju baru mereka akan bayar esoknyer…. Wah… lihat lah cara mereka… boleh tak buat pada masa kini….

Jangan cari nahas lah… betul tak?? Bawa balik rumah… esok tak nampak batang hidung dah… kan… itu yang mengkagumkan saya tu... orang zaman dulu memang baik-baik lah kan…

Apabila seorang cikgu pakai esok kawan dia pulak minat… dia pulak jual… itulah mulanye network… asalnye suka-2 pastu bulan2 income bertambah dari $30 hingga $100 mesti best kan side income lebih dari pendapatan tetap.

Dan makcik2 yang setia dari dulu sampai sekarang tu… agak2 berapa income dorang?? Mungkin dorang menjual pun tak lama 2 tahun hingga 3 tahun jer.... Interesting... percaya tak kalau saya katakan dorang tu rata-ratanya berpendapatan RM10,000 hingga ke RM55,000 sebulan tanpa maintain ev atau menjual... ini lah yang kita panggil NO BREAKAWAY…. Nak tak?? Waktu usia hampir cecah 60 tahun kita masih ada income... tak bergantung pada anak-anak… anak2 pun tak buang kita…. Pasal tu gamaknyer cina yang tua2 tu, anak2 dorang masih jaga bawa sana sini… rupanyer income ada masukk…. :) mmmm….

Cdah tak tahu apa pandangan anda terhadap eCosway… tapi bagi Cdah kat sini lah Cdah boleh buat duit dan kembangkan perniagaan seperti perniagaan sendiri… Cdah sangat bersyukur pada Allah swt kerana menemukan Cdah dengan eSuccess Management Group !! Alhamdulillah :)

Sunday, March 22, 2009

Semalam de Royal Adelphi

Memang best lah... ramai BO baru... semua semangat nak apply stokis... Mereka memang penyuntik semangat Cdah!!....

Ye lah, siapa dapat stokis mmg boleh buat network dengan mudah... yang memang kita dah tau network marketing boleh buat orang jadi jutawan... siapa tak nak kan...

Bagi Cdah inilah masanye yang memang sesuai untuk kita ambil peluang mengubah kehidupan atau untuk bersedia menghadapi saat2 genting apabila syarikat kita terpaksa buat resestion... jangan tunggu waktu itu tiba.. baik bersedia dari sekarang...

Jom menuju kebebasan kewangan dan masa....

Saturday, March 14, 2009

Cdah dah start trainning.... :)

Alhamdulillah...

Cdah dan K.Wina dah start trainning kat HQ... sampai minggu depan... 9 hari... Sabtu dan Ahad ni cuti....

Best dan pressure gakk... roleplay hari2... best la... boleh belajar cara menjual.... product acknowledge pun bertambah... cuma sedihnyer... kitorang jer melayu... 8 bakal stokist nih 1 jer bakal stokist melayu....

geram pun ada... teruja pun ada... yang penting Cdah nak syer ngan sesiapa yang pi meeting bulan nih.... kalau boleh jom ramai2 apply stokist....

Jumpa anda d sana...

Monday, March 2, 2009

03.03.2009

Hi semua...

Lama tak update blog ni sebab Cdah bz skitt la.... sorry sangat....

Sampai sekarang Cdah masih rasa seronok kat Kota Warisan hari tu.... bestnyer sebab dapat tengok Kondo Stokis yang berjaya.... Ingat lagi masa interview tu... Mr Leoong cakap "i want another Kak Normah!" berulang-2 kali...

Kak Normah memang hebat... siapa kata melayu tak leh berjaya! minda yang macam tu sebenarnye dah di tanahkan oleh dorang tu *in* konon2 dorang jer yang boleh kongke ekonomi....

Cdah tabikk kat AL Chua MD eCosway dia banyak ajar kita, dia masih mahu kita bangkit dalam ekonomi... dan dia sanggup beri kita peluang.... so sekarang kita ni... rebut lah peluang ini... mungkin ini yang terakhir untuk kita....

Masa kat Kota Warisan ramai yang datang dari semua bangsa.... eCosway memang untuk semua!! tapi tak semua orang yang nak rebut satu peluang yang ini kan...

So kat sana Steve cerite pasal SE Pendent dan Kak Normah jamu kitorang minum petang yang styloo sekali kan Kak Normah.... sambil tu semua yang dah guna SE Pendant tu pun berkongsi2 cerite apa yang dorang dapat kebaikkan dari SE Pendant tu.... termasuk lah CDah... :))

Rasa nak kongsi jugak kat dalam ni : akhir tahun lepas dalam cuti sekolah tu Cdah beli buy 2 free 1 RM448... rasanyer tak sia2 sebab banyak kebaikkan yang Cdah sekeluarga dapat...

Bukan nak taksub dengan SE Pendant tu... adik Cdah cakap macam tangkal Nyiyang Rapik jer.... Jangan salah faham... Kita semua tahu alam ini ada tenaga nyer tersendiri.... seperti kejadian malam dan siang... ombak menghempas pantai... air mengalir deras dan air terjun yang memukau pandangan kita.... SE Pendant itu pun dari alam semulajadi... ia terbentuk dari lava gunung berapi yang dah tertimbus beratus2 tahun lama nyer....

Dengan ujikaji oleh pakar saintifik mengatakan ia menggandungi 4 unsur iaitu : SE Scalar Energy, Fir, Ion negatif dan Germanium....yang mana

SE dapat menyeimbangkan medan bio tenaga badan kita yang sering diganggu oleh frenkuansi yang tidak baik disekeliling kita, Fir (infra red) untuk penyembuhan, Ion negatif dapat memberi ketenangan dr stress, Germanium pula adalah unsur yang pernah dijumpai di kg panjang usia di Korea di mana di kg itu semua penduduknya tua2 hampir 100 tahun ke atas dan masih gagah dalam menjalankan aktiviti harian mereka (bertani)... boleh panjang usia lah cam tu!!

:) apa yang Cdah nak kongsi tu : masa Cdah beli Cdah pakai 1, husband pakai 1 dan anak Cdah yang hyper aktif tu pun pakai 1.... mula tu cuma rasa berdebar2... dan dihujung jari ni rasa ada aura yang keluar.... dah 4 hari guna baru lah perasan.... ada perubahan ketara... iaitu:

husband kalau balik kerja mesti nampak begitu letih dan tak larat langsung nak senyum kat Cdah dan anak2... maklumlah naik motor dari Shah Alam ke Beranang.... so hari ke 4 tu baru perasan muka dia nampak segar dan boleh bergurau dengan kami.... dan bila dia mandi rendaman SE Pendant ni.... dia turun ke ruang makan dengan wajah yang sungguh berseri2... dan ceria.... anak2 pun tak takut nak tegur dia... happy sangat....

Cdah plak memang tak perasan dengan perubahan diri ialah sepanjang hari asyik busy kemas rumah dan uruskan anak2 ke sekolah dan sebagainye... suatu hari tu saya relax kat depan TV lepas makan... tetiba husband tanya "u tak sihat ker?" Cdah pelik... dia tanya lagi "u sakit ker?" pastu Cdah tanya "kenapa?" dia jawab "Habis senyap jer..." baru lah Cdah perasan yang selalunyer kalau Cdah penat memang suka membebel skit lah... so memang ia buat Cdah rasa tak penat dan tak stress... best betul lah kan...

Anak plak... yang dulu nye dia selalu tak tau diam.... usik kawan kat sekolah, usik adik kat rumah... bila cikgu ajar dia main2, nak buat homework pun malas sebab dan habis tenaga di waktu siang.... sekarang dah darjah 2... Cdah kene buat sesuatu kerana budak kecik melompat sana sini tak pelik sangat, ini dah meningkat, badan plak lebih besar dari kawan seusia... malu lah bawa dia kat mana2 kan.... so sekarang dia dah ada perubahan... Cdah pun seronok... dia lebih beri tumpuan kepada guru mengajar... homework pun tak payah nak suruh buat dia ambil sendiri.... dan ramai yang tegur dia dah slimm skit... dia pun senyum jer....

Sekarang Cdah kasi mak mentua Cdah pakai 1... kita selalu dengar org tua2 selalu jer jatuh... kat bilik air lah tangga lah... ini kerana dia kurang keseimbangan badan... jika kita semakin tua... bio tenaga kita semakin berkurangan... kita tak kuat lagi... dan penyakit selalu datang... yang merisaukan kalau dia turun tangga.. bahaya kan... bila Cdah kasi dia pakai : dia kata lutut dia kurang sakit dan dah boleh duduk bersila.... jalan pun laju sikit... penat pun kurang... dah boleh jaga cucu plak sekarang.... jealous i... sebab anak Cdah jaga sendiri....

So seiapa nak beli SE Pendant tu call Cdah... boleh dapat Membership free tau utk buy 2 free 1 jangan tunggu ibu bapa kita jatuh baru nak bagi pakai " sayang dorang seperti dorang sayang kita ok "...

Ok lah rasanyer ini yg terpanjang Cdah kongsikan bersama.... nanti jumapa lagi di perjumpaan akan datang... bye...

Wednesday, February 11, 2009

11.02.2009

Wah ramai group kita yang dah berjaya nak buka stokis sekarang dorang tengah trainning dan stokis dorang pun tengah renovation... best nyer...

Lepas group kita buat roleplay dan trainning untuk members yang nak pi interview nampaknyer memang ada kesan...

Masa Cdah pi interview dulu tu.. tak de trainning2.. so main belasah jer... tu yang kantoi tu... Sekarang Cdah memang dah confidence la nak pi present product... doa kan lah cdah yer...

Oh ya, sesiapa lagi yang ada niat nak buka francais sendiri tu jom join kitorang hari minggu ni...

" Sekurang-kurangnya bersiap sedialah untuk menghadapi fenomena kegawatan ekonomi yang telah dijangka melanda pada tahun ini.

Mulakan langkah anda!! Anda perlu buat alasan untuk berjaya!! dan keajaiban pasti berlaku dalam hidup anda. "

Wednesday, January 28, 2009

29.01.2009

Assalamualaikum w.bt...

Esok Cdah & k.Wina akan buka gerai uMobile di Putrajaya untuk kali ke-2... minggu lepas memang best... tu rasa nak pi lagi nih! semangat!!

Bukan apa, kat sini Cdah belajar berdepan dengan customer... so bleh praktis banyak pasal produk... makin banyak kita syer... semakin besar rasa keyakinan dalam diri.... so ini salah satu motivate diri gakk lah....

Cdah pun dah mula improve gaya bahasa untuk presentation produk... rasa berbaloi bukan dari segi dapat tambah income sahaja tapi satu pelajaran yang berguna.... best !!

Sapa nak join jom!!

Tuesday, January 20, 2009

21.01.2009

Hai... memang rugi kalau lepaskan peluang yang kita tak tahu lagi bila akan tiba... kan

Sekarang syarikat offer kat group kita sesiapa yang berminat untuk buka kondo stokis, openconcept macam pasarmini @ farmasi lah, kat mana2 perumahan, kampung, dan sebagainya boleh buka...

Tapi Cdah tak gerenti boleh dapat, cuma group kita boleh tolong recomend kan lah... ada interview dulu, 2nd interview kene present produk kalau berjaya baru dia hantar trainning.... lebih kurang camtu la... cdah pun tengah try juga ni.... cuma problem tempat jer tak sesuai....

Sesiapa berminat... group kita memang selalu buat trainning untuk member yang nak pi interview... cara jawab, cara present... kita boleh train....

ok lah nanti kalau ada member ke saudara ke sesiapa lah berminat bagitau lah.... bye

Friday, January 16, 2009

Mohamed Aboutreika


Ya Allah kuat kan semangat kami seperti beliau... walaupun dalam bidang apa sekali pun masih berjuang untuk Islam!! Beliau menjaringkan gol kemenangan untuk negaranya dan beliau juga mendapat kemenangan dalam diri muslimnya!! MasyaAllah!!

Sunday, January 11, 2009

12.01.2009

Wah best betul kat Singgahsana semalam... sampai boroi dibuatnye :))

Yang penting semangat semakin membara.... Bila difikirkan memang rugi siapa yang tak ambil kesempatan nak buat kondo stokis ni.... Syarikat target 1,000 kondo stokis nak dibuka... bila dah semua 1,000 dah ada pemilik maknanya peluang kita tak de dah.... menyesal plak nanti kan.

Mana nak dapat buat perniagaan francais dengan RM10,000 jer... itu pun sebagai cagaran jer kalau kita nak pas kat org lain nanti dia bagi balik kat kita.... renovation, api, air semua syarikat bayar..... untung stokis paling busuk pun boleh dapat 5,000 sebulan... belum masuk bonus network, umobile dan kredit kad.... rasa2 Cdah kerje makan gaji dulu nak kumpul RM1,000 setahun pun payah! Mana tahan! Asyik tengok 'dorang' jer yang kaya (ni perang ekonomi ni!)

Jom siapa nak buka stokis eSuccess boleh bantu... 018-372 0808 Cdah... jangan lengah2....

Semoga Allah beri kekuatan pada seluruh umat Islam di dunia.... AMIN....