Assalamualaikum w.b.t. & Salam 1 Malaysia,
Wahh... lama betul saya tak up date blog ini sehingga hampir2 sahaja tidak boleh sign in lagi...
Selama itu lah saya menimba seribu pengalaman & perasaan, onak dan duri saya tempuhi, gunang dan ganang saya selusuri, sehingga sahaja saya hampir kelemasan di lautan mati... wahh banyak yang saya ingin kongsikan mengenai : kesihatan, kecantikkan, kebahagiaan, kekayaan... dan an an yang lain... InsyaAllah. Semoga Allah izinkan.
Mungkin kini purata wanita merebut peluang menjadi Seorang SURIRUMAH telah bertambah miski pun mereka berpendidikan tinggi dan bukan calang2 jawatan di organisasi lampau... Namun berbagai alasan menjadikan mereka seangkatan dengan saya... :) mana tak nyer... mengulur kepada pengasuh lebih tebal dari yang tinggal dalam dompet.... Jawatan Tinggi pula membuatkan bebanan tanggungjawab semakin banyak dan menimbun... tak pe... hembus angin dari perut sehingga habis... hirup udara baru yang lebih segar... anda akan lebih relaks...
Wahai SURIRUMAH Janganlah Merendah Diri, Anda sebenarnya membuat keputusan yang betul, namun jangan lah pula membiarkan diri anda alpha dan merasa diri ok ok dah, kerana jawatan tinggi suami bukan milik peribadi anda... Buat lah sesuatu supaya anda dipandang tinggi, dihargai dan lebih dikasihi suami. Pilihan yang lebih bijak anda perlu menceburkan diri dalam apa2 perniagaan, Kerana BERNIAGA itu adalah sunnah nabi s.a.w.
Blog ini diilhamkan ketika saya sedang menceburkan diri dalam perniagaan eCosway --> http://esuccess2.blogspot.com waktu itu memang berkobar-kobar untuk memiliki sebuah kedai sendiri secara PERCUMA !! walaupun saya pada dasarnya hanya untuk suka2 tapi akhirnya saya sangat2 berharap2... perasaan saya yang begitu berkeyakinan tinggi membuatkan saya terkandas dalam sebuah kekecewaan... itu lah adat : ada yang dapat ada yang tidak... Memang ADA yang dapat tapi RAMAI yang tidak!! :))
Lebih menyedihkan direct upline yang patut menjadi pemimpin yang tabah, menarik saya ke perniagaan bersistem MATRIKs iaitu Jus Sunrise Pink Guava --> http://jusspg.blogspot.com . Tak de apa yang dapat saya kejarkan, dalam suasana tiada modal $$, kawan, jiran dan saudara yang turut kecewa. Saya memang tidak dapat membeli keyakinan mereka lagi dan tiada apa yang dapat saya buktikan pun...
Tak pe... mesti Allah dah plan yang lebih baik dari itu...
Lama saya melayan perasaan, sehingga ada kalanya saya menyesal berhenti kerja... saya hilang kawan, saya hilang pendapatan... saya stress... berat badan saya bertambah dan kaki saya kejang dan tidak berasa tanpa sebab. Dalam fikiran saya mungkin hayat saya dah dipenghujung nyawa... saya mula mendekatkan diri kepada Allah... banyak aktiviti2 usrah saya dekati... memang kekok tapi Allah juga milik kita kan...
Benarlah "Rumput ibarat DUNIA, padi ibarat AKHIRAT, jika kita tanam rumput padi tak kan tumbuh, TAPI jika kita tanam padi rumput akan tumbuh di celah2...."
Saya mula memiliki kawan semula, sehingga berjumpa seorang kakak yang juga pernah kecewa dengan MLM, katanya beliau sekarang menjadi pemborong kepada pelbagai jenama produk Malaysia termasuk produk MLM dengan harga yang rendah. Barang siapa yang ingin berniaga walaupun baru nak mencuba2 memang digalakkan --> http://1stopCatalogue.blogspot.com . Ianya tiada yuran langsung, trading + single level, BERNIAGA ATAS KEJUJURAN. Saya mula merangkak-rangkak semula, namun masih belum dapat keyakinan sepenuhnya untuk bersemuka dengan pelanggan, hanya berani menjual di alam maya.... Alhamdulillah, syukur Allah...
Jaringan pelanggan dan pengedar saya semakin bertambah. Banyak panggilan saya terima yang bertanyakan mengenai kosmetik, alamak saya kurang arif tu... saya sendiri hanya menyenakan bedak compact dan gincu saja.... jadi saya tercari2 bengkel2 dan seminar2 kecantikkan yang boleh memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada saya, kebetulan dengan izin Allah seorang jiran baru saya menjemput saya ke bengkel rawatan facial di tempat kawannyer... Memang seronok... Anda juga perlu ke sana kerana ada banyak lagi BENGKEL2 & SEMINAR2 yang mereka anjurkan termasuk kepimpinan & motivasi dan ianya PERCUMA.... dengan itu saya bertambah berkeyakinan untuk melakukan perniagaan sambil membantu mereka yang bermasalah kesihatan, diri dan keluarga.
Nanti saya cerite kan pula siapa Mereka dan ingin sekali saya kenalkan kepada anda, Mereka juga mengalu-alukan ANDA. InsyaAllah.
Lawati --> http://1stopCatalogue.blogspot.com Terdapat lebih 160 jenama terkenal dan terlaris di Malaysia dengan HARGA RENDAH. Terdiri daripada Produk Kecantikkan & Penjagaan Diri, Facial & Sauna, Makanan Kesihatan, Teknologi Rumah, Bengkel & Seminar.
ROSIDAH JAAFAR SIDEK
018-3720808
Monday, September 26, 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)

